LUANTI FISH SPA

JOM URUT KAKI

Nak rasa urutan kaki tradisional oleh ikan? Terletak bersebelahan dengan Ladang Teh Sabah, perjalanan melimpasi Pekan Ranau anda akan tiba di Kampung Luanti. Berada tidak jauh dari jalan utama dapat anda lihat dari jalanraya kelibat orang ramai berhampiran Sungai Moroli merendam kaki ke dalam air sungai. Ada yang berlari kegelian, ada juga kesakitan dan ada juga yang asyik melihat kerumunan ikan-ikan air tawar yang rata-ratanya sebesar lengan tangan terdapat di dalam sungai ini. Tagal Sg Moroli merupakan sungai yang menjadi larangan untuk memancing demi menjaga populasi ikan-ikan ini. Tidak hairanlah jika anda dapat lihat populasi pelbagai jenis ikan air tawar di dalam sungai ini yang cukup banyak dan sihat. Antara ikan yang banyak terdapat adalah ikan Kelah dan Sebarau yang cukup jinak.


Dengan bayaran tiket masuk RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk bawah 18 tahun bagi penduduk Malaysia, anda boleh merasai sendiri merendam kaki sambil digigit-gigit ikan-ikan ini. Anda boleh juga mandi bersama ikan-ikan ini dengan bayaran RM10.00 seorang. Di pintu masuk ke sungai ini ada dijual pellet makanan ikan untuk anda beri makan ikan-ikan di sini. Kebanyakan meraka meletakkan pellet-pellet ini dalam tangan dan merendamkan tangan ke dalam air. Anda akan melihat bagaimana ikan-ikan ini berebut-rebut menyedut pellet-pellet ini daripada dalam tangan anda.
Pellet makanan ikan dihulurkan untuk menarik ikan datang kepada anda
Photo source https://www.pinterest.com/pin/513903007462532622/?lp=true

Sebelum beredar dari tempat ini jangan lupa untuk membeli kraftangan yang dihasilkan oleh pengusaha di sini sebagai kenangan anda yang telah sampai ke sini. 

No comments:

Post a Comment