PEKAN KUNDASANG

SELAMAT DATANG KE PEKAN KUNDASANG


Tidak sah lalu di Pekan Kundasang tapi tidak singgah. Walaupun bukan untuk membeli pelbagai jenis jualan tapi singgah untuk merakamkan detik berada di pekan ini yang terletak betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. Berlatarkan puncak Gunung Kinabalu dan lembah kaki gunung yang dibanjiri perkampungan dan kawasan penanaman sayur-sayuran sesungguhnya perasaan anda akan lebih tenang apabila melihat keindahan landskap disekeliling pekan ini. Sinonim dengan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kobis dan strawberi, dapat anda lihat dengan jelas kebun sayur-sayuran yang diusahakan oleh penduduk di sini sebagai mata pencarian. Terletak di kawasan tanah tinggi membolehkannya sesuai untuk penanaman kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sejuk.
Pemandangan memasuki Pekan Kundasang
Photo source http://infosantai.com/tempat-menarik-di-kundasang-ranau/



Pemandangan Pekan Kundasang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Photo source https://www.sayangsabah.com/pesta-kubis-2016-mendapat-sambutan-hangat/
Apa yang menarik di pekan ini? Sebenarnya pekan ini merupakan laluan pertama anda sebelum pergi ke tempat-tempat yang lebih menarik yang berada tidak jauh dari kawasan pekan ini. Antara tempat-tempat yang menarik anda boleh lawati melalui pekan ini adalah seperti Desa Cattle Farm (Mini New Zealand), Mesilou Golf Country Club, Kundasang Memorial Park dan Mesilou Cat's Village. Bagi yang ingin bermalam di kawasan ini boleh bermalam di Dreamworld Resort yang letaknya betul-betul menghadap puncak Gunung Kinabalu ataupun Mesilou Nature Resort. Bagi yang inginkan keunikan pula terdapat penginapan seperti Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge dan Makarau Cabin Lodge yang menjanjikan kelainan bagi penginapnya.

Penginapan unik Makarau Cabin Lodge.
Photo source https://www.thevocket.com/marakau-cabin-lodge-ranau-sabah/

Penginapan unik Mongolian Yurt Wind Paradise.
Photo source http://windparadise2011.blogspot.com/




Sebelum anda pergi ke tempat-tempat yang lain, anda patut singgah ke gerai-gerai jualan yang terdapat di pinggir jalan utama pekan ini. Di sini banyak dijual sayur-sayuran keluaran kawasan pekan ini dan juga buah-buahan yang kadang-kadang tidak terdapat di kawasan lain. Selain itu ada juga dijual pelbagai jenis bunga-bungaan seperti Bunga Ros yang jarang anda dapati di kawasan tanah rendah. Setelah anda singgah ke gerai-gerai jualan anda boleh juga melihat nurseri-nurseri tanaman di kawasan perkampungan sepanjang menuruni pekan ini menuju ke Desa Cattle Farm atau Mesilou Nature Resort. Banyak tanaman jenis bunga-bungaan dan buah-buahan termasuk strawberi di tanam di sini. Anda juga boleh memetik sendiri strawberi di nurseri ini ataupun anda ingin membeli benih-benih strawberi dan pelbagai jenis bunga untuk dibawa pulang ke rumah anda.


Gerai buah-buahan dan sayur-sayuran di Pekan Kundasang
Photo source https://seripelangidivra.blogspot.com/2012/12/gerai-pekan-kundasang-dan-pekan-nabalu.html



Jualan yang terdapat di Pasar Tani Kundasang. Photo credit to Photographer.





Gerai menjual bunga Pekan Kundasang
Photo source http://www.celcom1cbc.com/desa-aman/blog/2399






Jika anda berpeluang anda juga boleh singgah ke Kundasang Memorial Park yang hanya berada tidak jauh dari kedai Pekan Kundasang ini. Jika berpeluang anda boleh melihat tugu-tugu peringatan untuk memperingati pejuang-pejuang tempatan, termasuk tentera Australia dan juga British dahulu ketika kejadian Death March daripada Sandakan ke Kundasang pada zaman Perang Dunia II.

Memorial Kundasang
Sesungguhnya banyak tempat-tempat yang menarik yang anda dapat lawati di sekitar Pekan Kundasang jika anda berpeluang datang ke sini. Pastinya setiap lawatan anda ke sini akan mengingatkan anda untuk datang semula. Keadaan yang tenang dengan udara yang nyaman dan cuaca yang sejuk dapat menghilangkan tekanan dan keletihan anda.

No comments:

Post a Comment