TAMAN KINABALU

SELAMAT DATANG KE TAMAN KINABALU


Perjalanan selama 1 jam 45 minit daripada Kota Kinabalu ke Pekan Kundasang akan membawa anda sampai ke Taman Kinabalu yang merupakan antara tempat tertinggi yang boleh dilalui oleh kenderaan di Sabah. Diiktiraf sebagai World Heritage Site yang pertama di Malaysia oleh UNESCO oleh kerana flora dan fauna yang terdapat di sekitar Taman Kinabalu ini.

Bagi anda yang belum pernah sampai ke sini dan mendaki Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu ini merupakan laluan pintu masuk utama untuk memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Sebelum pendakian dijalankan anda harus mendaftarkan diri anda di pejabat utama Taman Kinabalu dengan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Taman-Taman Sabah. Selepas pendaftaran anda akan menaiki bas yang disediakan oleh pihak Taman Kinabalu atau kenderaan sendiri untuk pergi ke Pondok Timpohon iaitu pondok pertama dan terakhir untuk pendakian ke Gunung Kinabalu.
Pandangan daripada pintu masuk Taman Kinabalu
Photo source https://www.flickr.com/photos/shankaronline/11968132246




Peta kawasan Taman Kinabalu dan laluan ke Puncak Gunung Kinabalu
Photo source https://www.flickr.com/photos/shankaronline/11968132246



Bagi mereka yang hanya ingin menikmati suasana sejuk nyaman dan menikmati keindahan alam, flora dan fauna, anda boleh juga menyewa tempat tinggal yang disediakan oleh pihak Sutera Sanctuary di dalam kawasan Taman Kinabalu ini. Terdapat pilihan antara bilik hostel dan juga rumah di sini. Kalau selesa mandi air sejuk dari pergunungan boleh lah tinggal di dalam hostel sahaja, tetapi kalau tidak biasa kenalah pilih rumah sebab ada water heater. Restoran dan kedai serbaneka ada terdapat berdekatan pejabat Taman Kinabalu ini. Anda boleh memilih samada hidangan jenis buffet ataupun order biasa, makanan tradisi ataupun ala barat.

Pandangan puncak Gunung Kinabalu daripada Taman Kinabalu
Photo source https://www.flickr.com/photos/ericlbc/3023424547


Bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan di Taman Kinabalu ini. Bagi yang suka aktiviti lasak ataupun untuk beriadah terdapat banyak laluan-laluan denai yang boleh anda lalui disediakan oleh pihak Taman Kinabalu untuk anda mengeksplorasi sendiri. Tetapi pastikan anda cukup bersedia dengan peralatan, fizikal dan mental untuk melalui denai-denai ini kerana anda akan melalui kawasan yang berbukit-bukit yang pastinya akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Dalam perjalanan eksplorasi anda akan dapat melihat flora dan fauna yang terdapat di kawasan ini. Bunga Rafflesia adalah sejenis bunga terbesar yang boleh anda dapati di sini jika anda bernasib baik. Selain itu anda juga dapat melayan kehadiran tupai-tupai yang tidak takut untuk mendekati manusia.

Spesis Bunga Rafflesia yang terdapat di sekitar Kundasang

No comments:

Post a Comment