ALA-ALA NEW ZEALAND
30 minit perjalanan menuruni Pekan Kundasang melalui perkampungan dan kebun-kebun sayuran anda akan tiba di tempat yang digelarkan sebagai
Mini New Zealand. Kalau anda ingat iklan susu
Fernleaf maka anda akan melihat situasi yang sama di tempat ini. Pastikan keadaan kenderaan anda dalam keadaan yang optimum kerana bentuk topografi jalan untuk sampai ke tempat ini sungguh menguji kondisi kenderaan anda. Perjalanan bermula dari Pekan Kundasang dengan menuruni bukit sehingga lembah yang di bawah dan selepas itu anda akan menaiki bukit yang cukup curam dan panjang untuk sampai ke sini.
|
Laluan masuk ke Desa Cattle Dairy Farm Photo source https://www.vlifestyle-my.com/travel-sabah-kundasang-desa-cattle-dairy-farm/
|
Digelarkan sebagai Mini New Zealand kerana di sini tempatnya ladang ternakan lembu tenusu jenis Friesians seperti terdapat di New Zealand. Namun bukan hanya lembu tenusu ini yang diternak di sini malah terdapat juga ternakan kambing yang diusahakan bersama.
Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan landskap menghijau menjadikan tempat ini kerap kali menjadi tumpuan bagi jurugambar perkahwinan untuk merakam memori indah pasangan pengantin. Tidak kurang juga bagi mereka yang membuat lawatan sambil belajar ke sini untuk melihat proses pemgumpulan susu lembu dan pembungkusan. Jika anda bernasib baik anda juga boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman memerah susu lembu ini yang dilakukan di kandang lembu.
|
Pemandangan seakan-akan New Zealand di Sabah Photo source https://blog.traveloka.com/en/travel-guides-and-tips/kundasang-sabah-what-to-know-where-to-go/ |
Bagi mereka yang suka minum susu segar ini adalah tempat yang terbaik untuk anda kunjungi bukan sahaja kerana susu segar tapi harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran untuk susu yang sama. Selain itu terdapat juga produk lain yang dihasilkan daripada susu ini seperti yogurt dan aiskrim yang memang sedap untuk anda nikmati. Sebelum balik jangan lupa juga untuk membeli cenderahati untuk kenang-kenangan anda semasa berada di sini.
|
Menuju ke kilang pemprosesan susu Desa Cattle Dairy Farm
|
|
Mesin pembungkusan susu kotak Desa di Desa Cattle Dairy Farm |
No comments:
Post a Comment