PASAR KRAFTANGAN NABALU

SELAMAT DATANG KE PASAR KRAFTANGAN PEKAN NABALU


Sejam perjalanan daripada Kota Kinabalu menuju ke Pekan Kundasang, anda akan melimpasi Pekan Nabalu, sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Kota Belud, Sabah. Pekan ini merupakan pekan tanah tinggi yang pertama akan anda singgahi untuk melihat pemandangan kaki Gunung Kinabalu dan melihat pelbagai gerai jualan makanan tempatan, seni kraftangan dan cenderamata buatan tangan kaum-kaum di sekitar pekan ini. Sesuai untuk persinggahan melepaskan lelah dan sengal selama dalam perjalan sebelum meneruskan lagi perjalanan anda.

Apa yang menarik tentang pekan ini? Di sini terdapat banyak gerai jualan yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Antara yang eksotik anda akan lihat di jual di sini adalah Bosou (jeruk ikan) dan Tuhau (sejenis tumbuhan bau seakan kumbang) yang banyak terdapat di sini. Jika terasa nak cuba boleh lah cuba manalatau berkenan di hati.


Tidak sah kalau anda tidak singgah di gerai jualan seni kraftangan dan cenderamata yang terletak bersebelahan dengan gerai jualan sayur dan buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis kraftangan dan cenderamata dijual di sini daripada baju, kain dan juga peralatan tradisional bagi kaum dan masyarakat Kadazan/Dusun dan Bajau. Sompoton (Peralatan muzik tradisional), Tekiding (seakan beg sandang daripada kayu) dan Aksesori gelang & rantai (manik) banyak dijual untuk kenangan anda.
Sebahagian jualan kraftangan dan cenderamata di Pekan Nabalu.
Photo source https://m.sarawakborneotour.com/mats_tourdetail.asp?pid=157

Sebahagian jualan kraftangan dan cenderamata di Pekan Nabalu.
Photo source http://kinabalu-home.blogspot.com/2012/08/the-nabalu-market.html





Dah puas membeli belah? Jangan pergi dulu..sesi untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan untuk sesi 'warming up' sebelum anda ke Pekan Kundasang. Bagi yang kaki masih lagi kuat mendaki boleh naik ke menara Pekan Nabalu terletak di tengah-tengah pekan. Dari atas menara ini anda boleh melihat pemandangan sekeliling pekan ini 360° dan juga kaki gunung. Bagi yang kaki kurang mampu pula, anda boleh terus menuju ke hujung kedai Pekan Nabalu dan melihat pemandangan Gunung Kinabalu daripada platform yang disediakan di kaki bukit. Pemandangan daripada platform yang memperlihatkan jujuran gunung ganang pasti akan membuatkan anda lebih terpegun dengan pemandangan indah kawasan Gunung Kinabalu.
Pandangan dari Platform Pekan Nabalu.
Photo source http://cheftonio.blogspot.com/2011/11/pekan-nabalu-lookout-point-kota.html

Pandangan dari Menara Pekan Nabalu ke Puncak Gunung Kinabalu.
Photo source https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Nabalu_Sabah_ViewOverKampung-01.jpg



No comments:

Post a Comment