PORING HOT SPRING

JOM MANDI AIR PANAS

Perjalanan ke Poring Hot Spring akan mengambil masa selama lebih kurang 2.5 jam perjalanan daripada Kota Kinabalu. Sepanjang 40km perjalanan ke sini, anda akan melintasi Pekan Nabalu, Taman Kinabalu, Pekan Kundasang dan Pekan Ranau. Bagi yang ingin menaiki bas dari KK kadar tambang adalah RM16 untuk sampai ke sini dan bas hanya akan bertolak selepas cukup penumpang. Manakala jika sanggup anda boleh juga menggunakan perkhidmatan teksi daripada KK yang tambangnya dari RM160-RM300 untuk 1 kali perjalanan. 

Pada hujung minggu tempat ini akan menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke sini untuk bersama-sama keluarga bercuti sambil mandi-manda. Di sebelah luar anda akan dapati gerai-gerai jualan penduduk tempatan yang antaranya menjual hasil-hasil kampung mereka dan juga cenderamata. Oleh kerana tempat ini tidak jauh daripada tinggalan Lombong Mamut yang satu ketika dulu menjadi tempat perlombongan bijih tembaga maka anda akan melihat juga banyak jenis bijih tembaga yang dijual di sini sebagai perhiasan.

Lombong bijih tembaga Mamut
Photo source https://www.urangsabah.com/lombong-tembaga-mamut-ranau-tinggalan-sejarah-berharga.html

Anda boleh menyewa penginapan di sini yang terdiri daripada bilik jenis asrama ataupun rumah jika ingin bermalam di sini. Jika anda bermalam di Pekan Kundasang maka perjalanan ke sini akan mengambil masa selama lebih kurang sejam sahaja. Kawasan ini dilengkapi dengan tempat penginapan, bilik persidangan dan juga restoran untuk pengunjung-pengunjung.

Jangan lupa membawa tuala dan juga pakaian lebihan jika anda ke sini. Jika anda ingin membawa kamera anda kena bayar yuran di kaunter untuk kebenaran anda membawa kamera anda ke dalam. Bagi yang ingin mandi air panas semulajadi di sini, terdapat banyak ruangan mandian yang disediakan dan anda boleh gunakan sahaja mana-mana ruangan yang tidak digunakan. Kepanasan air adalah bergantung kepada anda sendiri kerana terdapat 2 pili air panas dan sejuk yang boleh anda set sendiri. Nasihat untuk mereka yang memakai perhiasan silver supaya membuka dahulu perhiasan anda kerana kandungan sulfur dalam air panas ini akan mengubah warnanya. Bagi yang inginkan privasi boleh juga menyewa tempat mandi yang tertutup. Yuran untuk tempat mandi tertutup ini adalah RM15-RM20 untuk sejam. Oleh kerana kandungan sulfur dalam air panas ini ia adalah baik untuk merawat mereka yang ada masalah kulit. Terdapat juga tempat untuk merendam kaki dalam air panas disediakan di sini bagi mereka yang tidak ingin mandi.
Kolam mandi Poring Hot Spring
Photo source https://www.urangsabah.com/lombong-tembaga-mamut-ranau-tinggalan-sejarah-berharga.html
Kolam mandi Poring Hot Spring
Photo source http://www.themalaysiantimes.com.my/the-wonders-of-hot-springs/

Punca air panas semulajadi di Poring Hot Spring
Photo source https://borneopackages.com/tour/kinabalu-park-and-poring-hot-springs/
Kawasan tab untuk mandi air panas semulajadi di Poring Hot Spring
Photo source https://sukaborneo.my/4/


Namun bukan sahaja tujuan pengunjung ke sini hanyalah untuk mandi. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak dan TIDAK takut akan PACAT anda boleh pergi ke Air Terjun Langganan yang perjalanannya boleh dikatakan agak mencabar. Ataupun anda tidak takut pada ketinggian anda boleh cuba menaiki Canopy Walkway berjalan melalui jambatan gantung daripada pokok ke pokok pada ketinggian 175 kaki dari paras bumi bersamaan dengan bangunan 8 tingkat. Jika anda bukan mencari aktiviti lasak, anda boleh juga pergi ke melihat rama-rama di Butterfly Farm, melawat ke Orchid Conservation Centre dan juga Rafflesia Flower Site.

Air Terjun Langanan Poring Hot Spring
Photo source http://funndelicious.blogspot.com/2012/10/fun-mount-kinabalu-sabah.html
Laluan menuju ke pintu utama Canopy Walkway Poring Hot Spring
Photo source http://kinabalu-home.blogspot.com/2012/08/canopy-walk-challenge-poring-hot-spring.html
Canopy Walkway Poring Hot Spring
Photo source http://ilovesabah.info/poring-canopy-walkway/


Bagi mereka yang ingin menghabiskan masa di Poring Hot Spring ini, saranan adalah supaya anda pergi ke tempat-tempat yang anda ingin lawati dahulu seperti Canopy Walkway, Air Terjun Langganan, Butterfly Farm dan lain-lain sebelum anda merehatkan dan membersihkan diri mandi di kolam air panas di sini. Dengan ini anda akan lebih selesa dan dapat menghilangkan penat lelah anda setelah berjalan mengeksplorasi tempat-tempat menarik di dalam Poring Hot Spring ini.

No comments:

Post a Comment